Waktu-waktu Yang Dilarang Melaksanakan Solat

Waktu-waktu DilarangWaktu solat tentunya waktu untuk setiap umat Islam mengerjakan solat. Bagaimanapun terdapat waktu-waktu dilarang untuk umat Islam mengerjakan solat khususnya solat sunat. Rasullullah SAW bersabda;

Daripada Abi Hurairah r.a, “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang dari mengerjakan solat selepas Asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas Subuh sehingga terbit matahari.” – Riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad

Waktu-waktu yang dilarang adalah seperti berikut;

1. Sesudah menunaikan solat fardhu Subuh sehingga terbit matahari.
2. Semasa terbit matahari sehingga ia meninggi kadar setombak.
3. Ketika matahari tegak di atas kepala sehingga ia condong ke barat.
4. Selepas menunaikan solat fardhu Asar sehingga terbenam matahari.
5. Semasa matahari hampir terbenam sehingga tenggelam seluruh bulatannya.

Namun begitu, 5 waktu yang disenaraikan di atas dikecualikan bagi mereka yang berada di Tanah Haram, Makkah al-Mukarramah.

Untuk kupasan serta perincian lanjut sila ke Shafiqolbu

Waktu solat ini hampir dengan kiraan e-Solat. Untuk jadual waktu solat yang lebih tepat, sila rujuk e-Solat, JAKIM.
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku".- (Ibrahim 14:40)

19 thoughts on “Waktu-waktu Yang Dilarang Melaksanakan Solat

  1. Semoga kita semua dpt melaksanakn ibadah dgn sempurna..jgnlah dikejarkn DUNIA yg sementara ini

  2. Ya Allah, saya baru terbaca artikel ni tadi. sebelum tu saya x tahu yg x boleh solat sunat selepas asar . tadi selepas solat asar saya terus mengerjakan solat hajat .lepas solat , saya rasa macam nak baca artikel ni , saya baru tahu x boleh solat lepas asar

    Apa hukum solat sunat lepas asar bagi yg x tahu ?

    apa2 pun artikel ni byk bagi saya ilmu baru. terima kasih kerana sudi kongsi ilmu

    • Sekiranya kita betul-betul tak tahu, sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun dan Penyayang

    • Takdelah besor dosa mcm tinggalkn solat wajib. Lbh2 lg kalu jahil/ tak tahu menahu..

  3. Salam, bagaimana pula jika melakukan solat hajat selepas zohor sebelum masuk waktu asar? Antara pukul 2 ke 3 petang?

  4. salam. mcm mana nak terangkan kepada org kafir pasal kita punya waktu solat? saya ada masalah nk lakukan solat d tempat kerja kerana waktu rehat tidak kena dengan waktu solat zohor. ?

  5. Salam, nak Tanya waktu akhir sunat dhuha, setengah kata sampai pukul 11.00 pagi Dan ada yang kata 9 minit sebelum. Masuk waktu zohor, mohon Kongsi ilmu ye..terima kasih banyak

    • Solat dhuha waktunya iaitu selepas matahari sudah naik tinggi segalah dan berakhir ketika tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur).

      Mudahnya solat dhuha bermula setengah jam selepas waktu syuruk. Namun disunatkan melaksanakannya pada waktu matahari naik agak tinggi dan panas agak terik. Hal ini seperti hadis riwayat Ahmad dan Muslim, daripada Zahid bin Arqam RA, beliau berkata:

      “Nabi SAW keluar menuju tempat ahli Quba. Pada ketika itu mereka sedang menunaikan solat dhuha. Baginda bersabda: Ini adalah solat orang yang kembali kepada Allah (Awwabiin), iaitu di waktu anak-anak unta telah bangun kerana kepanasan waktu dhuha. -shafiqolbu

  6. Assalamualaikum
    Berkenaan solat hajat dan taubat.
    Selain bacaan niat solat, apa yg boleh membezakan antara 2 solat ini.ada terbaca artikel, bg solat hajat rakaat pertama baca surah al kafirun, rakaat ke 2 surah al ikhlas dan begitu juga solat taubat menggunakan bacaan yg sama. Ada kah bacaan serta yg lain nya,sama kecuali niat shj.ada lain x yg membezakan antara 2 solat ini. Dan bila kah pla waktu sesuai utk solat taubat adakah juga sama dgn waktu solat hajat?

    • Waalaikummussalam…kalau boleh awalkan lagi, sebelum pukul 12.00 tengahari. Ini kerana waktu solat dhuha berakhir apabila matahari berada tepat ditengah-tengah langit menjelang waktu Zohor.

    • Sunat Dhuha 27 minit selepas terbit matahari sehingga 1 tgh hari. Seeloknya di awalkan supaya dapat kita buat sehingga 8 Rakaat.

  7. Assalamualaikum..sahkah sekiranya saya solat sunat taubat dalam lingkungan jam 10 pagi atau jam 11 pagi selain dari tengah malam..apakah solat taubat juga ada waktu diharamkan?

  8. Assalamualaikum, boleh ke saya menunaikan solat sunat hajat, solat sunat taubat pada sebelum solat subuh, selepas solat sunat dhuha (11 pagi). Terima kasih

  9. salam, boleh kah sembhyang sunat slps asar, sbb sy tgk waktu antara waktu yg diharamkan solat adalah slps asar?

  10. salam..adakah solat sunat taubat termasuk juga dlm pengharaman solat tersebut..bukan ka solat sunat taubat merupakan solat sunat yg amat di tuntut dan boleh dilakukan pada bila2 masa..mohon pencerahan tuan..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *