Kisah 37 tahun istiqamah solat berjemaah di Masjid Nabawi

Waktu_Solat_37_Tahun_di_Masjid_NabawiApabila anda menonton siaran langsung 5 waktu solat berjamaah dari Masjid Nabawi, maka di bahagian saf paling hadapan dan di bahagian sebelah kanan imam, tentu anda akan melihat seorang lelaki tinggi besar berturban hitam khusus untuk Bengali, dialah Haji Muhammad.

Haji Muhammad, lelaki Afghanistan yang tinggal di kota al-Madinah al-Munawwarah. Beliau popular di Madinah –semoga Allah menjaga keikhlasannya- kerana selama 1/4 abad ini, selalu kelihatan di televisyen dengan penampilan khasnya, berada di saf pertama Masjid Nabawi untuk menunaikan solat 5 waktu secara berjamaah.

Beliau berkata kali pertama kali menjejakkan kaki di Arab Saudi ketika berusia 19 tahun. Selama 37 tahun [kini 38 tahun kerana ia dikisahkan setahun lalu] berada di negera kaya minyak ini dan Haji Muhammad bekerja sebagai tukang paip.

Haji Muhammad

Haji Muhammad

Haji Muhammad berkata, “Aku berupaya untuk selalu solat 5 waktu secara berjamaah di Masjid Nabawi sejak aku masih muda. Aku begitu senang mengambil dan meletakkan kembali Al Quran yang telah dibaca dan ditinggalkan oleh para pengunjung, agar ia rapi kembali di almarinya semula.”

Para jemaah dari luar Madinah dan luar Arab Saudi begitu terkesan dengan istiqamahannya solat di saf pertama dan di tempat yang sama selama bertahun-tahun. Umum mengetahui sangat sukar untuk mendapatkan saf pertama di Masjid Nabawi apatah lagi boleh berada di tempat yang sama terus-menerus. Masjid ini sangat ramai dan padat dikunjungi umat Islam dari berbagai penjuru negera.

Beberapa orang yang bekali-kali mengunjungi Madinah sentiasa menemuinya berada di saf pertama dan tempat yang sama. Turban hitamnya membuatnya sangat mudah dikenali oleh para jemaah.

“Ketika aku mengikat kontrak kerja dengan seseorang, ku katakan dari awal, aku tidak ingin kehilangan satu kali pun solat berjamaah di Masjid Nabawi. Pada bulan Ramadhan, aku bercuti kerana aku ingin selalu berada di masjid,” kata Haji Muhammad.

Apa yang dipraktikkan Haji Muhammad mengingatkan kita kepada para ulama salaf yang sentiasa istiqamah dengan berada di saf pertama dalam tempoh waktu yang panjang. Muhammad bin Samaah Rahimahullahu berkata;

“Aku tinggal selama 40 tahun tidak pernah terlepas dari takbir pertama melainkan satu hari sahaja iaitu ketika ibuku meninggal, maka terlepas aku dari satu solat berjamaah.”

Ibnu Hajar al-Asqalani Rahimahullahu mengisahkan biografi Said bin al-Musayyab (seorang tabiin) Rahimahullahu;

“Tidaklah diseru panggilan shalat sejak 40 tahun melainkan Sa’id berada di dalam masjid.” (Tahdzibut Tahdzib, 4:87)

Asy-Sya’bi Rahimahullahu berkata;

“Sejak aku memeluk Islam, tidaklah ditegakkan iqamat solat melainkan aku masih dalam keadaan mempunyai wudhu (belum batal wudhunya).” (Tahdzibut Tahdzib, 7:166).

Semoga Allah memberi taufik dan hidayah-Nya juga kepada kita untuk sentiasa istiqamah di jalan-Nya serta tepat waktu solat kita. –MyWaktuSolat.com

-Rujukan http://kisahmuslim.com & Saudi Gazette

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (al-Baqarah [2:45])

One thought on “Kisah 37 tahun istiqamah solat berjemaah di Masjid Nabawi

  1. Alhamdulillah..
    amat meninggalkan kesan yg mendalam utk saya. terima kasih utk artikel ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *