Jangan Lupakan 3 Doa Ini Ketika Sujud

Doa Ketika SujudDoa ketika sujud. Sujud merupakan keadaan seseorang hamba yang paling hampir dengan Tuhannya.

Seorang ulama besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) pernah berpesan supaya kita jangan melupakan tiga doa ini ketika berada dalam sujud.

1. Memohon kesudahan hidup yang baik iaitu dengan memohon kematian dalam keadaan khusnul khotimah.

Doa Ketika SujudAllahumma inni as’aluka husnul khotimah.

Ertinya – “Ya Allah aku memohon kepada-Mu husnul khotimah.

 

2. Memohon supaya kita diberikan peluang bertaubat sebelum meninggal dunia iaitu dengan taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat).

Doa Ketika SujudAllahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut.

Ertinya – “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha sebelum meninggal dunia.

 

3. Memohon supaya hati kita ditetapkan di atas agama-Nya.

Doa Ketika SujudAllahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika.

Ertinya – “Ya Allah wahai zat yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.

Doa yang boleh diniatkan dalam hati ketika sujud terutamnya ketika sujud yang terakhir dalam solat kita.

Semoga perkongsian kecil ini bermanafaat untuk semua mereka yang cinta akan kesudahan yang baik dalam hidup untuk menuju ke tempat seterusnya…amin!!

Waktu solat ini hampir dengan kiraan e-Solat. Untuk jadual waktu solat yang lebih tepat, sila rujuk e-Solat, JAKIM.
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku".- (Ibrahim 14:40)

4 thoughts on “Jangan Lupakan 3 Doa Ini Ketika Sujud

  1. Assalamu’alaikum… nak tanya adakah dibolehkan jika kita berdoa dengan mengunakan bahasa rumi semasa sujud?

    • Waalaikummussalam…. rumi hanya untuk tulisan, maksudnya dalam bahasa Melayu kan… Apa bahasa sekalipun tak kisah apabila berdoa cuma di dalam hati ketika dalam solat. Tidak menzahirkan sebutan doa itu, nanti solat tidak sah. Wallahua’lam…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *