Cara Solat Sunat Taubat Serta Doa

Cara Solat Sunat TaubatCara Solat Sunat Taubat. Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Seseorang yang menyedari dirinya bersalah serta berdosa kepada Allah SWT, bertaubat adalah langkah paling baik. Menyesali akan segala dosa yang dilakukan iaitu dengan melakukan solat Taubat.

Solat sunat Taubat bermaksud melakukan solat memohon keampunan serta taubat nasuha daripada Allah SWT. Solat yang boleh dilakukan sebanyak dua rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih baik serta lebih afdal pada waktu yang lebih tenang serta sunyi seperti pada sepertiga malam.

Asas solat Taubat ialah:

1. Dia menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
2. Dia ingin menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan dia bertekad berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
3. Dia juga berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

 

Cara Mengerjakan Solat Sunat Taubat

Lafaz niat solat Taubat:

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya – “Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan

Bacaan rakaat pertama : Surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.

Cara Solat Sunat TaubatBacaan rakaat kedua : Surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.

Cara Solat Sunat TaubatSelepas salam bacalah wirid dan istighfar ini:

Cara Solat Sunat TaubatSelepas istighfar, diakhirnya dengan doa untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT. Doa solat sunat Taubat boleh juga dibaca secara beramai- ramai.

Doa Solat Sunat Taubat

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya – “Aku minta ampun dari Allah.” (3X)

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya – “Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada-Nya.

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya – “Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan.

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya – “Dan kami berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut buat selama-lamanya.

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya – “Dan kami berlepas diri dari segala agama yang bertentangan dengan agama Islam.

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya – “Dan kami naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya – “Dan kami naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah, selawat dan salam ke atasnya.

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya – “Kami redha Allah sebagai tuhan kami.”

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya – “Dan agama Allah sebagai agama kami.

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya – “Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.

Doa_Solat_Sunat_Taubat_MyWaktuSolat_11Maksudnya – “Ya Allah peliharalah ke atas nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya, semoga selamat sejahtera.

Cara Solat Sunat TaubatMaksudnya:* “Berlakulah lembut dan belas kasihan ke atas kami serta orang-orang yang beriman.”

Begitulah cara solat sunat Taubat serta doa yang dipetik dari Panduan Qiamullail terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). Semoga kita ambil manafaat darinya. Semoga Allah SWT merahmati serta mengampun kita semua.

Waktu solat ini hampir dengan kiraan e-Solat. Untuk jadual waktu solat yang lebih tepat, sila rujuk e-Solat, JAKIM.
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku".- (Ibrahim 14:40)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *