Cara Solat Sunat Tahajjud Ringkas Serta Doa

Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_1Solat dan ibadah pada waktu malam takkala orang lain sedang lena dibuai mimpi itu amat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT serta mempunyai pelbagai kelebihan.

Firman Allah SWT;

“Pada malam hari, hendaklah engkau solat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Allah mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.” – Surah Al-Isra’ : Ayat 79

Nabi Muhammad SAW bersabda;

“Hai sekalian manusia, sebar-luaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk syurga dengan selamat.”HR Tirmidzi

Salah satu ibadah pada waktu tersebut ialah mengerjakan solat sunat Tahajjud.

Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu. – JAKIM

Ringkasnya 2 rakaat.

Fadhilat Solat Sunat Tahajjud

i. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
ii. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orangorang mukmin.
iii. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
iv. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
v. Dimudahkan hisab ke atasnya.
vi. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
vii. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
viii. Jauh daripada kebinasaan.

 

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tahajjud

Lafaz niat:Lafaz_Niat_Sholat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolatMaksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan:

Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_1Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_2Selepas salam hendaklah membaca doa ini:

Doa Ringkas

Doa_Ringkas_Sholat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami daripada seksaan api neraka.”

Doa Solat Sunat TahajjudDoa_Sholat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat

Maksud Doa Solat Sunat Tahajjud

“Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”

Sukar untuk bangkit pada waktu malam? Berikut beberapa saranan untuk memudahkan kita bangkit:

1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
2. Selalu menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4. Membaca doa dan ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur.

Ianya bergantung kepada kehendak dan keinginan seseorang, sekiranya dengan niat yang ikhlas, Insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Muat turun panduan Qiamullail dari JAKIM di sini.

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku".- (Ibrahim 14:40)

62 thoughts on “Cara Solat Sunat Tahajjud Ringkas Serta Doa

  1. Adakah boleh di baca surah lain?
    Adkah kita boleh membaca doa lain dari yang tersebut?

    • Tidak menjadi kesalahan membaca surah2 yang lain tetapi surah2 yang disebutkan adalah dituntut dan lebih afdhal. Wallahua’lam

  2. Saya kadang2 berkerja mlm tapi bolehkah saya melakukan tahjud tampa tidur terlebih dahulu.Solat saya di terima ke

    • Solat tahajjud rasul SAW dirikan sesudah bangkit dr tidur . Tp pernah dengar ustaz2 bilang kalau kita ada kekangan boleh sahaja dilakukan biar sebelum tidur daripada tidak melakukan langsung. Allah maha mengetahui niat seseorang itu dan pasti ada ganjarannya insyaAllah.. Wallahua’lam.

  3. nak tumpang tanye…kalau kite tak membace doa solat sunat tahajjud itu takpe ke?

  4. Solat Tahajjud boleh dibuat sebelum Solat Sunat Witir atau setelah Solat Sunat Witir?

  5. sekiranya doa yg dinyatakan tidak dapat dihafal boleh kah kita membaca doa yang lain???

    • Macam saya , lepas solat tu saya baca doa tu dari handphone , sebab tak hafal , tak salah rasanya , lepas baca doa tu , baca doa personal sendiri , luah perasaan , alhamdulillah sangat lega rasanya tadi first time buat tahajjud

  6. Tazkirah yg sgt baik,,,info yg sgt berguna ,utk bekalan k akhirat nnti,,,

  7. Kalau tidak dapat tidur sehingga sepertiga mlm.. maksudnya x tidur.. berjaga tgh mlm.. lalu bniat nak solat tahajjud.. boleh ke?

  8. Salam. Kalau baca doa solat sunat tahajjud dalam bahasa melayu boleh ke? Sebab saya ambil masa yang agak lama untuk menghafal dan mengingati sesuatu ayat.

  9. Solat tahajudd dilakukan sblum witir.. saya pernah belajar.. Guru agama saya beritahu boleh berdoa dlm bhs melayu jika tidak hafal/ ingat dlm bhs arab..

  10. Assalam. Tidur dan terjaga dr tidur sepertiga malam seterusnya menunaikan solat isyak. Adakah dikira tahajud? Wallahualam.

    • Masih tk dikira tahajjud kerana solat isyak..selepas solat isyak boleh teruskan dgn solat tahajjud…

  11. Saya nak tanya kalau kita berniat nak solat tahajjud,dan kita dapat melakukannya,sedangkan solat wajib kita tak cukup,adakah diterima solat sunat kita tadi.

    • Boleh… asal terbangun, kaedahnya terpulang.. mimpi ngeri terbangun tidur dan nak solat tahajjud, tak ada masalah..

  12. Assalammualaikum. Sekiranya kita tidak hafal doa al kafirun . Bolehkah kita baca surah lain?

  13. Assalamualaikum.
    Post yg menarik dan mudah diikuti.
    Maaf atas teguran dr insan baru belajar. Terjemahan doa diatas tidak lengkap, untuk ayat pertama. Mungkin boleh ditambah baik. Terjemahan lainnya baik. Terima kasih atas masa yg diberikan.

  14. Assalamualaikum…
    Bolehkah sya baca doa dlm bahasa melayu walaupon sya dh hafal dlm jawi..baca dlm jawi sya xpham maksud hati kurang trsentuh bila sya baca dlm rumi sya paham so lebih trsentuh hati bleh mngalir air mata

    • Boleh… sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, tak kira apa bahasa pun.. cuma lebih afdhal yang dianjurkan..

  15. Assalamualaikum.
    Sekiranya saya tertidur selepas maghrib. Kemudian terbangu8n pada jam 1 pagi, bolehkah saya solat Isyak dan di sambung dengan solat tahajjud. TK

  16. Assalamualaikum…..

    Selepas solat tahajud dituruti dengan solat witir. Solat witir berapa rakaat?

  17. bln ramadan sy buat solt terawih 8 rakaat lps tu witir 3 rakaat.lps tu sy tido dan terhaga untk solat tahajud ..blh ke sbb dh buat witir masa terawih tu?

    • Jika dah witir kemudian terjaga utk tahajud… xperlu witir selepasnya. Kerana tiada dua witir dalam 1 mlm.

    • Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Boleh kalau hanya dilakukan 1 rakaat.

  18. Assalammualaikum… boleh bagi penerangan doa ringkas tu di baca selepas salam. maksud nya kene baca 2 doa sekali or macam mane or boleh pilih salah satu.

    • Ya yang dimaksudkan daripada panduan JAKIM.. sama ada kita ingin berdoa sama ada doa yang panjang atau doa pendek. Salah satu.. Doa yang pendek lebih umum..sekiranya yang panjang lebih detail doanya..

  19. Assalamualaikum sya nak Tanya…selepas solat tahajud perlu ke solat witir?sya agak keliru..Dan mcm mana nak solat witir pun sya take faham

  20. As salam…bolehkah saye melakukan solat tahajuud sedangkan solat 5 waktu saye belum lagi sempurna…saya sedang membaiki diri…kalau.saya ingin mendirikan solat sunat taubat..adakah buat solat taubat dulu baru tahajuud…atau x kisah ?

    • Sebaik-baik solat 5 waktu disempurnakan sebaik mungkin terlebih dahulu. Namun dalam misi menyempurnakan solat 5 waktu bolehlah disertakan dengan solat2 sunat. Urutan solat sekiranya melakukan Qiamullail berdasarkan panduan Jakim.
      1. Solat Sunat Awwabin
      2. Solat Sunat Tahajjud
      3. Solat Sunat Hajat
      4. Solat Sunat Taubat
      5. Solat Sunat Tasbih
      6. Solat Sunat Witir

      Wallahua’lam…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *