Cara Solat Hajat Ringkas Serta Doa

solat_hajat_mywaktusolatSolat Hajat Ringkas, Bacaan Serta Doa

Manafaat Solat Hajat. Ada ketikanya kita leka dan terlupa untuk memohon hajat kepada yang sepatutnya sedangkan kita betul-betul berhajat kepada perkara tersebut.

Apa kata kita memohon hajat kepada Allah SWT di samping usaha yang telah dibuat. Memohon hajat yang boleh dibuat melalui solat hajat dengan memperbanyakkannya, mudah-mudahan hajat kita dimakbulkan-Nya.

Solat hajat iaitu solat untuk memohon sesuatu hajat yang tertentu kepada Allah SWT, sama ada semasa senang, lebih-lebih lagi ketika mengalami kesulitan dan kesukaran.

Solat sunat hajat boleh dikerjakan secara ringkas sebanyak dua rakaat. Bagi mereka yang ingin memanjangkannya sehingga 12 rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam.

Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut keperluan hajat masing-masing dan juga boleh juga dilakukan secara berjemaah jika mempunyai hajat atau niat yang sama.

Waktu solat hajat ketika ingin mengerjakan ialah pada bila-bila masa sama siang atau malam, kecuali waktu yang diharamkan solat.

Namun begitu dianjurkan untuk memilih waktu yang sesuai, contohnya selepas tengah malam atau selepas 2/3 malam. Ini kerana suasana ketika itu yang boleh mendatangkan kekusyukkan, Insha Allah…

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Solat yang boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat.

Lafaz niat solat Hajat:

Lafaz_Niat_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolatMaksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan

Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_1Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_2

Doa Solat Sunat Hajat

Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.Doa_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolat_1Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati, boleh diulangi doa tersebut dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:doa_solat_hajat_mywaktusolat_2Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati, yang telah dipohon di samping usaha gigih serta tepat yang telah dilakukan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahua’lam…

Panduan solat hajat di atas dipetik dari Panduan Qiamullail, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (al-Baqarah [2:45])

85 thoughts on “Cara Solat Hajat Ringkas Serta Doa

    • Subahanak inni kuntuminazzolimin. Itu yg saya amalkan pada sujud terakhir sebanyak 44 kali. Wallahualam.

  1. Tentang waktu solat hajat:

    Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau berjamaah, tak kira pada waktu siang maupun malam hari. Terbaik @ lebih afdal solat secara bersendirian ketika suasana sunyi selepas tengah malam atau 1/3 malam.

    Ini kerana pada waktu tersebut ianya lebih berkesan, lebih kusyuk kerana suasanaya yang tenang. Wallahua’lam…

  2. Jika kita dah buat solat hajat tetapi masih belum makbul bolehkah dibuat beberapa kali?

  3. As salam…
    Tksih. Byk sgt cara melakukan solat hajat yg dibaca …alhamdulillah cara diatas sgt mdh difahami dan sgt mudah rupanya utk dilaksanakan. Alhmdulillah dan tksih di atas info.

  4. Selepas beri salam boleh ke kt terus sujud skali lg dan baca ayat la ila hailla anta subhanakainni kuntum minoz zalimin?

  5. Bukanke kite slpas memberi salam kena sujud untuk meminta hajat daripada Allah…??

  6. Bilakah masa yang sesuai untuk lakukan solat hajat…boleh ker kita tunaikan solat hajat sebelum waktu subuh seperti solat hajat pda pukul 5.30???

  7. Assalam.terima kasih atas perongsian maklumat.semoga mendapat keredhaan Allah s.w.t.In Shaa Allah

  8. Trima kasih infonya sngat brguna..alhamdulillah sye perlan buat wlaupn sye bru solat beberape hari leps.nekad brubah ke jln ALLAH

  9. Sya susah nak solat subuh,ttp solat2 yg lain tk ada mslh….ada ka amalan sya tu d trima oleh Allah S.W?…….

  10. Terima kasih sangat atas info ini. Kawan kawan doakn sy smoga lulus cmrlng dalam spm 🙂 thankyou

  11. Usah terlalu berharap apa yang kita hajati. Benar, doa itu penting. Namun, ia mesti datang bersama usaha yang gigih. Walau apa juga hajat yang diingini, semoga artikel panduan solat hajat ini dapat memberikan manfaat. Doakan yang baik-baik untuk kami juga!

  12. Saya baru habis solat hajat ni.harap²makbul lah doa saya harap lebih banyak pahala sebab tengah bulan ramadhan ni…HARAP SAYA DAPAT 6A dalam UPSR tahun ni…amin ya robbal alaminn

  13. Assalamualaikum WB
    Saya ingin bertanya sedikit – ada sesetengah pihak menyatakan bahawa Solat Hajat ini adalah perbuatan Bi’dah. Ada pihak yang menyatakan bahawa Solat Hajat ini adalah berdasarkan Hadith yang sangat lemah dan ada yang menyatakan ia berdasarkan Hadith Palsu. Saya kurang pasti dan mohon dapat pencerahan sebelum saya mempraktikkan nya lagi.

  14. Terimakasihlah saya ucapkan kepada siapa yang sudi share ilmu ni moga die mendapat keberkatan dari allah subhanahuwataalah

  15. alhamdulillah . ilmu yg bermanfaat . semoga dgn berkat doa ini , semoga spm saya 2016 mendapat keputusan yg cemerlang😊

  16. Lepas ni,Nak solat hajat.Nak doa semoga dapat 6A untuk UPSR.Aamiin..Esok dah nak PERIKSA UPSR 2016.Semoga saya mendapat keputusan 6A.Doakan kami ya korang 😉Terima kasih admin memberiinfo.Doakan saya.Nama saya Dhia Irdina bt.Abdul KadirRifaei.Assalamualaikum.

    • Sah…tp terbaiknya berdoalah, bahasa Melayu pun boleh. Itu tujuannya solat untuk meminta hajat.

  17. Anak saya pun sedang menghadapi UPSR sekarang, doakan yang terbaik untuknya, kami sebagai ibubapa pun sentiasa solat hajat disamping anak saya telah belajar bersungguh sebelum ini, dan sekarang hanya bertawakkal dan berdoa pada Allah

  18. boleh ke kalau sewaktu rakaat kedua, sebelum salam, saya sujud dan membaca tasbih serta niatkan hajat saya dalam hati?

  19. Sekiranya diwaktu malam susah nak bangun mengerjakan solat hajjat, pada waktu siang manakah yang lebih afdhal untuk mengerjakannya? Mohon pendedahan lebih lanjut. Terima kasih.

  20. alhamdulillah , doakan saya mendapat 11A pt3 2016 ini ya .. semoga kami yang berjaya akan menjadi orang yang berguna nanti .. aminn

  21. Terima kasih….doakan saya berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti…insyaallah

  22. Saye ada masalah, tunang sye berubah setelah kami bkwn tujuh tahun. Baru bexadang berkahwin tahun hadapan. Tapi dia berubah 360 darjah…rupa nya ada pihak ketiga. Mohon kwn2 doa kn hubungn kami selamat…dalam masa sebulan dia boleh benci saya tanpe sebab…saye buntu…mohon ye kawan2… insya allah… saye xpnh sndirian…selalu ada dia…dia berubah…doa kn dia kembali kepada saye secepat mungkin…amin ya rabbal alamin

  23. Kawan2 blh doakan sye skali sbb sye gagal dlam plajaran……. Sye harap 6A+ sye tahun dpan daUPSR……..doa kan ye nnt spe yg ade kwn2 upsr pun sye tlong doakan please…… Klu kwan2 doakan. Murah rezeki kwan2 yg doakan

  24. Assalamuakaikum, boleh x tolong terangkan carasolat hajat jika berjemaah. Adakah sama spt kite solat fardhu x perlu baca surah

  25. Assalamualaikum,boleh tak Ambil vedio untk sembahyang hajad dan juga sembahyang tahjud,dah lama nak buat tapi tak tau cara,dan sembahyang tahjud juga,dan ayat2 nya baca bagi jelas,pls ,ATA’s keiklasan saudari,bagi no Tel kat saya,terima kasih sukran

    • Waalaikummussalam… ini video salah satu panduan solat hajat >> https://www.youtube.com/watch?v=bYhOlg9Nyis, namun begitu lebih baik berguru dengan seseorang yang lebih arif berbanding dengan Youtube… Youtube hanya sebagai panduan, mereka yang arif terus dapat membetulkan kesilapan yang secara langsung, wallahua’lam..semoga bermanafaat.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *