5 Ikrar Mulia Pembuka Solat

Waktu Solat KitaWaktu solat kita, fahami bacaan solat sebaiknya kerana ia mampu memberi kesan positif khusyuknya solat. Setelah takbir, “Allahuakbar” kita menyatakan 5 ikrar mulia dengan Allah SWT melalui doa iftitah iaitu doa pembuka solat seperti berikut:

1. Memuji Allah SWT yang Maha Besar dan Maha Suci
“Allahu akbar kabira walhamdulillahi katsira wasubhanallohi bukrota wa ashila”

Alloh Maha Besar, lagi sempurna kebesaran-Nya. Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.

2. Menghadap Allah dengan lurus dan berserah diri
“Wajjahtu wajhiya lilladzi fathorosamawati wal ardh hanifa muslima”

Kuhadapkan wajahku kepada dzat yang menciptakan langit dan bumi, dengan lurus dan berserah diri.

3. Penegasan bukan orang musyrik
“Wama ana minal musyrikin”

Dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik.

4. Memahami hakikat seorang hamba
“Inna sholati wanusuki wamahyaya wamamti lillahi robbil alamin”

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan semesta alam.

5. Penegasan untuk tidak musyrik, dari seorang muslim
“Laa syarikalahu wabidzalika umirtu wa ana minal muslimin”

Tidak ada sekutu bagi-Nya, kerana itu aku diperintahkan (untuk tidak menyengutukan-Nya). Dan aku adalah dari golongan orang-orang muslim.

Melalui 5 ikrar mulia tersebut, manifestasi dalam kehidupan adalah:

1. Dzikrullah, selalu ingat kepada Allah yang Maha Besar, Maha Terpuji dan Maha Suci.
2. Yakin akan keberadaan dan kedekatan Allah, pasrah terhadap ketetapan-Nya.
3. Tidak menyekutukan Allah, tidak ada yang lebih ditakuti/dipentingkan selain Allah.
4. Ikhlas, semua semata-mata karena Allah.
5. La ilaha illallah, tidak menjadikan selain Allah sebagai tuhan.

Inilah 5 ikrar mulia yang sepatutnya setiap saat kita kemukakan kepada Allah terutamanya dalam waktu solat kita. Ya Allah, berilah kami pemahaman, dan berikan kami kekuatan untuk memanifestasikan ikrar kami ini. Berilah kami kebaikan di dunia, berilah kami kebaikan di akhirat, dan selamatkanlah kami dari azab neraka. Amin. – Rujukan http://shalatsempurna.com/

Waktu solat ini paling hampir dengan kiraan e-Solat. Untuk jadual waktu solat yang lebih tepat, sila rujuk e-Solat, JAKIM
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku".- (Ibrahim 14:40)

2 thoughts on “5 Ikrar Mulia Pembuka Solat

  1. Terima kasih atas ilmu nya…. karna banyak di antara kami khusus nya saya yg kurang ilmu agama. Kalau bisa kupas dan lebih banyak lagi….dan amiiin atas doanya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *